TERAKHIR DIKEMASKINI: JANUARI 2020
                        
                        Polisi Privasi ini terpakai kepada anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan
                        syarikat-syarikat berkait Hongkong Land Holdings Limited yang diperbadankan di Asia
                        Tenggara (iaitu, pada tarikh polisi ini, Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia
                        dan Filipina), termasuk badan-badan pengurusan hartanah terpilih (cth. entiti-entiti
                        Perbadanan Pengurusan Hakmilik Strata di Singapura) dan entiti-entiti usahasama terpilih
                        (secara kolektif, “
HKL” atau “
kami”), kecuali jika kami atau entiti usaha sama itu atau
                        syarikat bersekutu itu telah memberi notis kepada anda bahawa polisi privasi yang lain
                        adalah terpakai. HKL adalah salah satu ahli kumpulan syarikat Hongkong Land (iaitu
                        kumpulan syarikat yang mana Homgkong Land Holdings Limited (termasuk pengganti- pengganti dan penerima-penerima haknya) 
                        adalah syarikat induk muktamad) (secara kolektif, “
Kumpulan”), tetapi polisi privasi ini terpakai hanya kepada HKL dan tidak
                        terpakai kepada ahli-ahli lain Kumpulan ini.
                        
                        Kami mengambil serius berkenaan privasi anda dan kami mempunyai pada masa ini
                        polisi-polisi dan amalan-amalan berkaitan dengan perlindungan data. Kami meminta agar
                        anda membaca Polisi ini dengan teliti kerana ia mengandungi maklumat penting
                        berkenaan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan kami akan data
                        peribadi di dalam milikan kami atau di bawah kawalan kami, termasuk maklumat
                        berkenaan:
                        
                        
                            - 
                                Polisi-polisi dan amalan-amalan kami bagi memenuhi obligasi-obligasi kami di
                                bawah undang-undang, regulasi-regulasi dan garis panduan berkaitan dengan
                                perlindungan data;
                            
                            - 
                                bagaimana anda boleh mengakses dan memperbetulkan data peribadi anda di
                                dalam milikan atau kawalan kami dan menggunakan mana-mana hak statutori
                                yang lain; dan
                            
                            - Butir-butir berkenaan prosedur aduan berkenaan perlindungan data kami.
                            - PENGUMPULAN DATA PERIBADI
                            1.1 Data peribadi yang dikumpul oleh HKL merujuk kepada data atau maklumat
                            mengenai anda daripada mana anda boleh dikenalpasti samaada (a) daripada data
                            tersebut sahaja; atau (b) daripada data itu yang digabungkan bersama maklumat
                            lain.
                            
                            1.2 Contoh data peribadi yang anda mungkin anda berikan kepada kami termasuk:
                            (i) nama anda, nombor pengenalan pendaftaran negara, nombor pasport atau
                            nombor pengenalan lain, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, nombor(- nombor) telefon, alamat kediaman dan/atau 
                            alamat surat-menyurat, alamat e-mel, imej-imej wajah di dalam gambar atau rakaman video, cap jari dan apa-apa
                            maklumat lain yang berkaitan dengan anda yang anda berikan kepada kami di
                            dalam apa-apa bentuk yang anda serahkan kepada kami, atau di dalam lain-lain
                            cara berinteraksi dengan anda; (ii) maklumat tentang penggunaan laman web dan
                            perkhidmatan kami oleh anda, termasuk kuki, alamat-alamat IP, butir-butir akaun
                            langganan dan butir-butir keahlian; (iii) butir-butir pekerjaan, latar belakang
                            pendidikan dan tahap pendapatan; dan (iv) maklumat berkaitan pembayaran anda, seperti maklumat akaun bank atau maklumat 
                            kad kredit anda dan sejarah kredit anda.
                            
                            
                            1.3 Data peribadi mungkin dikumpulkan oleh kami, secara langsung atau tidak langsung, contohnya:
                            
                            
                                
                                    - 
                                        apabila anda bertindakbalas kepada promosi-promosi dan inisiatif-inisiatif lain kami, melanggan kepada senarai-senarai mel kami atau
                                        aplikasi-aplikasi mudah alih kami, atau membalas tinjauan pasaran kami.
                                    
- 
                                        apabila anda menggunakan atau membeli produk kami atau perkhidmatan
                                        kami atau apabila anda menyerahkan borang-borang berkaitan dengan
                                        mana-mana produk atau perkhidmatan kami;
                                    
- 
                                        apabila anda melawati laman-laman web kami atau pangsapuri pameran
                                        kami dan/atau apabila anda mendaftar untuk atau menggunakan mana- mana perkhidmatan 
                                        kami di laman-laman web yang dimiliki atau
                                        dioperasikan oleh kami atau apabila anda mendaftar sebagai ahli di mana-mana 
                                        laman web yang dimiliki oleh kami dan/atau dioperasikan oleh kami;
                                    
- 
                                        apabila anda melawat atau tinggal di hartanah-hartanah yang kami miliki, uruskan atau operasikan;
                                    
- 
                                        apabila imej-imej anda ditangkap oleh kami melalui kamera-kamera
                                        CCTV semasa anda melawat premis-premis yang kami miliki, uruskan
                                        atau operasikan, atau apabila gambar-gambar atau video-video anda
                                        diambil semasa anda menghadiri acara-acara kami atau pangsapuri-pangsapuri
                                        pameran kami di hartanah-hartanah yang kami miliki, urus
                                        atau operasikan;
                                    
- 
                                        apabila anda memasukki transaksi-transaksi dengan kami, atau
                                        menyatakan apa-apa minat untuk berbuat demikian, termasuk berkaitan
                                        kesemua hartanah yang kami miliki, uruskan atau operasikan;
                                    
- 
                                        apabila anda membeli atau menyewa suatu hartanah yang kami miliki, 
                                        uruskan atau operasikan (contohnya apabila anda memasukki suatu
                                        perjanjian seperti Opsyen Membeli, perjanjian jual beli, perjanjian
                                        pajakan, perjanjian penyewaan, perjanjian perlesenan, mana-mana jenis
                                        perjanjian pendudukan jangka pendek lain atau suatu surat tawaran);
                                    
- 
                                        apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui telefon, e-mel, melalui
                                        laman web kami atau melalui saluran-saluran komunikasi lain termasuk
                                        platform media sosial;
                                    
- 
                                        apabila anda meminta kami menghubungi anda;
                                    
- 
                                        apabila kami menerima rujukan-rujukan daripada rakan-rakan kongsi
                                        perniagaan dan pihak-pihak ketiga, sebagai contoh, di mana anda telah
                                        dirujuk oleh mereka;
                                    
- 
                                        apabila anda menyerahkan permohonan kerja kepada kami;
                                    
- 
                                        apabila kami mencari maklumat tentang anda dan menerima data peribadi
                                        anda berkaitan hubungan anda dengan kami; dan/atau
                                    
- 
                                        apabila anda menyerahkan data peribadi anda kepada kami untuk apa-apa
                                        sebab.
                                    
                            1.4 Kami juga mengumpul data peribadi daripada sumber-sumber pihak ketiga, contohnya:
                            
                                
                                    - 
                                        daripada ejen-ejen hartanah, peguam-peguam hartanah, rakan-rakan
                                        kongsi perniagaan kami dan juga daripada pengkhidmat-pengkhidmat
                                        pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan, pemasaran
                                        atau promosi kepada HKL;
                                    
- 
                                        daripada ahli-ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang memberikan data
                                        peribadi anda kepada HKL bagi pihak anda; dan/atau
                                    
- 
                                        daripada agensi-agensi awam atau sumber-sumber awam yang lain.
                                    
                            1.5 Di dalam hal-hal keadaan tertentu, anda juga boleh memberikan kami data
                            peribadi orang selain dari diri anda. Jika anda berbuat demikian, anda menjamin
                            bahawa anda telah memaklumkan kepada orang itu berkenaan tujuan-tujuan untuk
                            mana kami mengumpul data peribadi orang itu dan bahawa orang itu telah bersetuju
                            kepada pendedahan oleh anda tentang data peribadinya kepada kami untuk
                            tujuan-tujuan tersebut, termasuk kesemua tujuan sepertimana yang dinyatakan di
                            dalam Polisi ini. Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan kami
                            tidak dibahayakan daripada dan terhadap mana-mana dan semua tuntutan oleh
                            individu-individu tersebut berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan
                            pendedahan kami berkenaan data peribadi tersebut mengikut terma-terma Polisi
                            ini.
                            
                            - TUJUAN PENGUMPULAN, PENGGUNAAN ATAU PENDEDAHAN2.1 Kami boleh mengumpul, menggunakan, memproses, menyimpan dan/atau
                            mendedahkan data peribadi untuk satu atau beberapa daripada tujuan-tujuan
                            berikut:
                                
                                    - 
                                        untuk menjalankan dan menyelesaikan transaksi-transaksi (cth. memproses pesanan-pesanan dan bayaran-bayaran; 
                                        membekalkan produk- produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diminta), melaksanakan obligasi-obligasi 
                                        kami atau menggunakan hak-hak kami sepertimana yang dinyatakan di dalam terma-terma kontraktual, dan
                                        selainnya untuk menguruskan perhubungan anda dengan kami;
                                    
- 
                                        untuk menguruskan lawatan anda dan penginapan anda di hartanah- hartanah yang dimiliki, diurus atau dioperasikan oleh Kumpulan itu;
                                    
- 
                                        untuk membekalkan perkhidmatan pelanggan (cth. menyediakan
                                        maklumat tentang status dan pengemaskinian);
                                    
- 
                                        untuk memproses permohonan anda untuk akaun keahlian atau subskripsi
                                        kepada suatu senarai mel atau aplikasi mudah alih Kumpulan itu, mewujudkan profil-profil pengguna dan mengekalkan akaun tersebut, termasuk 
                                        pengesahan butir-butir peribadi dan memproses permintaan-permintaan pembayaran;
                                    
- 
                                        untuk memproses penyertaan anda di dalam promosi-promosi, penebusan- penebusan, peraduan-peraduan dan lain-lain acara pemasaran dan promosi
                                        in-mall kami dan untuk membekalkan anda dengan faedah-faedah
                                        pembeli (termasuk baucar-baucar, hadiah atau penebusan-penebusan
                                        tempat letak kereta dan lain-lain perkhidmatan tambah nilai);
                                    
- 
                                        untuk mengurus perkhidmatan lost-and-found kami dan untuk menjejak
                                        dan menguruskan pinjaman anda akan mana-mana peralatan pusat
                                        membeli-belah;
                                    
- 
                                        untuk menjemput mana-mana pelanggan atau bakal pelanggan ke acara- acara, termasuk menyelaras hartanah-hartanah dan/atau penglihatan
                                        pangsapuri pameran dan acara-acara pemasaran dan promosi yang lain;
                                    
- 
                                        untuk mentadbir mana-mana bahagian suatu proses penjualan atau
                                        penyewaan termasuk pengesahan identiti anda, memudahkan penglihatan- penglihatan, penyediaan dokumentasi dan perjanjian-perjanjian berkaitan
                                        seperti suatu opsyen membeli, suatu perjanjian jualbeli, suatu perjanjian
                                        pajakan, suatu perjanjian penyewaan, suatu perjanjian pelesenan, apa-apa
                                        jenis perjanjian pendudukan jangka pendek atau suatu surat tawaran;
                                    
- 
                                        untuk mentadbir, mengurus dan menyelaras kerja tambahan &
                                        pengubahan di hartanah anda atau di mana-mana hartanah yang kami
                                        miliki, uruskan atau operasikan;
                                    
- 
                                        untuk mentadbir suatu jualan termasuk menyerahkan milikan hartanah itu
                                        dan menjejaki status apa-apa pembetulan kecacatan pada hartanah anda atau
                                        pada mana-mana hartanah yang kami miliki, uruskan atau operasikan;
                                    
- 
                                        untuk mengemaskini butir-butir akaun bank dan rekod-rekod perniagaan
                                        anda untuk memudahkan tindakan-tindakan susulan ke atas tunggakan
                                        tertunggak atau lain-lain obligasi pembayaran;
                                    
- 
                                        untuk menghantar surat-menyurat atau notis-notis sepertimana yang
                                        mungkin diperlukan, di bawah dokumentasi penjualan, perjanjian- perjanjian yang mengikat antara kita, atau seperti yang anda mungkin telah
                                        minta atau bersetuju kepada;
                                    
- 
                                        untuk memproses bayaran-bayaran atau transaksi-transaksi kredit,termasuk
                                        bayaran-bayaran sewa untuk suatu pajakan atau lesen, bayaran-bayaran untuk
                                        suatu penginapan hotel atau penginapan pangsapuri servis dan bayaran
                                        berperingkat untuk suatu penjualan hartanah;
                                    
- 
                                        untuk berkomunikasi dengan anda dan menjawab pertanyaan-pertanyaan
                                        atau permintaan-permintaan;
                                    
- 
                                        untuk menjalankan penyelidikan dan analisis untuk menyemak, membangunkan, mengurus dan menambahbaik produk-produk dan/atau
                                        perkhidmatan-perkhidmatan Kumpulan itu;
                                    
- 
                                        untuk menguruskan infrastruktur dan operasi-operasi perniagaan Kumpulan
                                        itu dan untuk mematuhi polisi-polisi dan prosedur-prosedur dalaman;
                                    
- 
                                        untuk menjawab kepada proses-proses perundangan atau secara amnya, untuk
                                        mematuhi apa-apa undang-undang yang beraplikasi, keperluan-keperluan
                                        kerajaan atau regulasi mana-mana bidangkuasa yang relevan (dan apa-apa
                                        peraturan, kod amalan atau garis-garis panduan yang beraplikasi), dan
                                        permintaan-permintaan mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau pihak
                                        berkuasa lain yang mempunyai bidangkuasa ke atas kami, termasuk, tanpa
                                        had, mematuhi keperluan-keperluan untuk mendedahkan di bawah keperluan
                                        mana-mana undang-undang yang beraplikasi atau membantu di dalam
                                        penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan-penyiasatan oleh pihak- pihak berkuasa yang relevan;
                                    
- 
                                        tujuan-tujuan sekuriti dan keselamatan berkaitan premis-premis Kumpulan
                                        itu atau acara-acara yang dianjurkan oleh Kumpulan itu, termasuk
                                        menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan latar belakang, pemeriksaan sekuriti
                                        dan pengeluaran pas-pas akses;
                                    
- 
                                        untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan sebarang perubahan dan
                                        perkembangan kepada dasar-dasar, terma-terma dan syarat-syarat dan lain-lain maklumat pentadbiran Kumpulan itu;
                                    
- 
                                        untuk mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah, termasuk frod dan
                                        pengubahan wang haram, dan untuk menganalisis dan mengurus risiko-risiko
                                        komersial yang lain;
                                    
- 
                                        untuk memudahkan apa-apa penyerahan perniagaan, pindahan, penyertaan
                                        atau sub-penyertaan yang dicadangkan atau sebenar berkenaan mana- mana hak dan obligasi kami berkenaan hubungan anda dengan kami;
                                    
- 
                                        untuk melindungi dan menguatkuasakan hak-hak dan obligasi-obligasi
                                        kontrak dan perundangan kami dan untuk mengendalikan pertikaian- pertikaian dan menjalankan serta memudahkan penyiasatan-penyiasatan
                                        dan prosiding-prosiding;
                                    
- 
                                        sekiranya anda adalah seorang pekerja penjual-penjual, pembekal-pembekal
                                        perkhidmatan, konsultan-konsultan atau kontraktor-kontraktor kami yang sedia ada
                                        atau yang berpotensi, untuk tujuan pemeriksaan-pemeriksaan latar belakang, menguruskan perhubungan sumber luar, memproseskan dan pembayaran invois-invois 
                                        dan tuntutan-tuntutan perbelanjaan dan menguruskan sekuriti premis-premis;
                                    
- 
                                        jika anda mengemukakan suatu permohonan kepada kami sebagai seorang calon
                                        pekerjaan, untuk memproses permohonan anda, menjalankan semakan pra- pengambilan dan saringan latar belakang, mengumpul maklumat berkenaan
                                        kesesuaian anda untuk jawatan yang dipohon, mengatur program-program latihan
                                        dan pembangunan pekerja, menilai prestasi anda, mentadbir faedah-faedah dan
                                        pemprosesan gaji, menyediakan anda dengan alat-alat untuk melakukan tugas anda
                                        dan untuk berkomunikasi dengan anda untuk mematuhi polisi-polisi dan proses- proses kami;
                                    
- 
                                        untuk berkongsi data peribadi anda dengan ahli-ahli Kumpulan itu dan pihak- pihak lain sepertimana yang dinyatakan dalam Polisi ini untuk apa-apa tujuan
                                        yang dinyatakan dalam perenggan 2 ini;
                                    
- 
                                        mana-mana tujuan yang mungkin dimaklumkan kepada anda apabila data
                                        peribadi anda dikumpul;
                                    
- 
                                        apa-apa tujuan munasabah yang lain yang berkaitan dengan perkara yang
                                        disebut sebelum ini tau untuk mana anda telah memberikan apa-apa
                                        maklumat kepada kami; dan/atau
                                    
- 
                                        apa-apa tujuan perniagaan sampingan lain yang berkaitan dengan atau berkenaan dengan yang di atas.
                                    
                            Pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, penyimpanan dan/atau pendedahan data
                            peribadi anda oleh kami untuk tujuan-tujuan di atas mungkin dibuat di atas dasar
                            perundangan kepentingan-kepentingan yang sah, memasukki atau melaksanakan
                            kontrak dengan anda, pematuhan perundangan, persetujuan, atau apa-apa asas yang
                            lain yang dibenarkan oleh undang-undang yang beraplikasi di dalam mana-mana
                            bidangkuasa yang relevan, mengikut mana yang berkenaan.
                            
                            2.2 Kami juga mungkin mengumpul, menggunakan, memproses, menyimpan dan/atau
                            mendedahkan data peribadi untuk tujuan-tujuan sah lain yang berkaitan dengan
                            perniagaan kami dan yang serasi dengan tujuan-tujuan asal untuk mana anda telah
                            memberikan data peribadi itu, dan juga di dalam hal-hal keadaan selain daripada yang
                            dinyatakan di dalam polisi ini di mana diperlukan, atau dibenarkan, oleh undang- undang yang beraplikasi di dalam mana-mana bidang kuasa yang relavan, termasuk
                            di luar negara.
                            
                            2.3 Untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas di mana data peribadi anda diperlukan
                            untuk me,asukki atau melaksanakan kontrak dengan anda atau untuk pematuhan
                            perundangan kami, sekiranya anda tidak membekalkan kami dengan data peribadi
                            yang diperlukan, kami mungkin tidak boleh membekalkan atau berterusan untuk
                            membekalkan anda dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan
                            yang anda telah meminta.
                            
                            - DATA PERIBADI UNTUK PEMASARAN TERUS3.1 HKL bercadang untuk menggunakan data peribadi anda dan sejarah produk-produk
                            dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diperolehi oleh anda, dipegang oleh atau
                            bagi pihak HKL dari masa ke semasa, untuk menjalankan pemasaran terus berkaitan
                            dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin
                            dibekalkan oleh Kumpulan itu dan rakan-rakan kongsi perniagaan dan pembekal-pembekal 
                            pihak ketiga yang terpilih Kumpulan itu. HKL dan Kumpulan itu hanya
                            akan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran terus dengan
                            kebenaran anda, kecuali untuk yang selainnya dibenarkan tanpa kebenaran oleh
                            undang-undang perlindungan data yang beraplikasi bagi mana-mana bidang kuasa. Anda boleh menarik 
                            balik kebenaran anda berkaitan dengan pemasaran terus, tanpa
                            caj, melalui pelbagai cara, termasuk dengan menghubungi Pegawai Perlindungan
                            Data kami secara bertulis di butir-butir hubungan yang dibekalkan di bawah. Semasa
                            berhubung, jika diperlukan di bawah undang-undang yang beraplikasi, anda juga
                            mempunyai pilihan untuk membenarkan atau membantah untuk menyambung semula
                            perhubungan tersebut dan hak untuk membantah pada bila-bila masa sekiranya anda
                            ingin berbuat demikian. Sekiranya anda membantah terhadap perhubungan awal, HKL dan Kumpulan 
                            itu akan memberhentikan aktiviti-aktiviti pemasaran terus dan apa-apa
                            jenis pemprosesan selanjutnya berkenaan data peribadi anda, termasuk penyimpanan dan
                            pendedahan, dan data peribadi anda akan dimusnahkan mengikutpolisi-polisi dalaman kami.
                            - PEMINDAHAN ATAU PENDEDAHAN DATA PERIBADI4.1 HKL boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut, sama ada yang
                            berada di dalam atau di luar negara di mana anda tinggal, untuk tujuan-tujuan seperti yang
                            dinyatakan atau sebaliknya dirujuk di dalam Polisi ini:
                            
                                
                                    - 
                                        semua bahagian atau ahli lain Kumpulan itu dan syarikat-syarikat bersekutu dan
                                        syarikat-syarikat berkait masing-masing;
                                    
- 
                                        ejen-ejen, kontraktor-kontraktor, pengkhidmat-pengkhidmat pihak ketiga dan
                                        penasihat-penasihat pakar kepada Kumpulan itu, yang telah dikontrakkan
                                        untuk membekalkan perkhidmatan pentadbiran, kewangan, penyelidikan, operasi 
                                        atau khidmat-khimat lain seperti telekomunikasi, teknologi maklumat, pembayaran, 
                                        latihan, penyelidikan pasaran, penyimpanan dan arkib;
                                    
- 
                                        rakan-rakan kongsi perniagaan pihak ketiga yang menawarkan barang- barang dan 
                                        perkhidmatan-perkhidmatan atau menaja peraduan atau program- program promosi yang lain, 
                                        samaada bersama-sama dengan Kumpulan itu
                                        atau tidak, dan di mana dibenarkan oleh undang-undang yang beraplikasi;
                                    
- 
                                        pihak-pihak ketiga yang anda membenarkan untuk mendedahkan data
                                        peribadi anda (melalui Polisi ini atau sebaliknya);
                                    
- 
                                        juruaudit-juruaudit, perunding-perunding profesional, peguam-peguam dan
                                        penasihat-penasihat lain Kumpulan itu;
                                    
- 
                                        rakan-rakan kongsi perniagaan dan rakan-rakan kongsi usahasama Kumpulan;
                                    
- 
                                        penanggung-penanggung insurans, pembekal-pembekal kredit, mahkamah- mahkamah, tribunal-tribunal, 
                                        agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak-pihak berkuasa regulatori dan lain-lain agensi kerajaan lain seperti
                                        yang dipersetujui atau yang dibenarkan oleh undang-undang;
                                    
- 
                                        Agensi-agensi laporan kredit atau agensi-agensi rujukan atau penyiasat- penyiasat, biro kredit dan di dalam hal 
                                        berkenaan keingkaran atau pertikaian, mana-mana agensi kutipan hutang atau pusat penyelesaian pertikaia;
                                    
- 
                                        mana-mana rakan kongsi perniagaan, pelabur, penerima hak atau penerima
                                        pindahmilik (sebenar atau prospetif) untuk memudahkan transaksi-transaksi
                                        aset-aset perniagaan (yang mungkin meliputi sebarang penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset) yang melibatkan kumpulun itu; dan
                                    
- 
                                        bank-bank, syarikat-syarikat kad kredit dan pembekal-pembekal
                                        perkhidmatan masing-masing.
                                    
                            - KETEPATAN5.1 Kami secara am bergantung kepada data peribadi yang dibekalkan oleh anda (atau
                            wakil anda yang diberikuasa). Untuk memastikan data peribadi anda adalah terkini, lengkap dan tepat, 
                            sila maklumkan kepada kami sekiranya terdapat apa-apa
                            perubahan kepada data peribadi anda dengan memaklumkan Pegawai Perlindungan
                            Data kami secara bertulis di butir-butir hubungan yang dibekalkan di bawah.
                            - PENJEJAKAN KUKI-KUKI DAN LAMAN WEB6.1 Apabila anda melawati laman-laman web kami, sila ambil perhatian bahawa kami
                            mungkin menggunakan kuki-kuki dan mekanisma-mekanisma dan peranti-peranti
                            penjejakan yang sama, untuk tujuan-tujuan seperti memantau bilangan kali yang anda
                            melawati laman-laman web, halaman-halaman mana yang anda pergi, dan berapa
                            lama anda menghabiskan untuk menyemak imbas setiap halaman. Maklumat ini
                            membantu kami membina suatu profil pengguna-pengguna kami dan menambah baik
                            laman-laman web kami dan lain-lain produk dan perkhidmatan. Di mana data hanya
                            digunakan di atas dasar agregat, kami tidak akan dapat mengenalpasti mana-mana
                            individu tertentu, dan kami secaraam menjejaki di atas dasar satu peranti.
                            - LAMAN-LAMAN WEB LAIN7.1 Laman-laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web yang
                            lain. Walaubagaimanapun, Polisi ini hanya terpakai kepada HKL, dan jika anda
                            melawati laman-laman web yang lain, termasuk melalui pautan-pautan tersebut, polisi-polisi privasi yang berbeza akan beraplikasi.
                            - SEKURITI DAN PENYIMPANAN8.1 Untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko-risiko yang sama
                            yang tidak dibenarkan, kami telah memperkenalkan langkah-langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai, termasuk untuk melindungi data peribadi daripada
                            akses yang tidak diniatkan.
                            8.2 Anda harus sedar, walaubagaimanapun, bahawa tiada kaedah penghantaran melalui
                            Internet atau kaedah penyimpanan elektronik adalah selamat sepenuhnya, dan HKL
                            tidak boleh dan tidak menjamin bahawa sistem-sistem atau aplikasi-aplikasi kami
                            adalah kebal terhadap pelanggaran-pelanggaran sekuriti. HKL tidak memberi jaminan, gerenti atau representasi bahawa penggunaan sistem-sistem atau aplikasi-aplikasi
                            kami oleh anda adalah selamat dan dilindungi daripada virus-virus, worms, Trojan horses dan kelemahan-kelemahan lain.
                            
                            8.3 Kami menyimpan data peribadi anda hanya selama kami memerlukan data peribadi
                            untuk memenuhi tujuan-tujuan untuk mana kami mengumpulnya, dan untuk
                            memenuhi tujuan-tujuan perniagaan dan/atau perundangan kami, termasuk keperluan- keperluan audit, perakaunan atau pelaporan. Di dalam beberapa hal keadaan, kami
                            mungkin tanpanamakan data peribadi anda supaya ia tidak lagi dapat dikaitkan
                            dengan anda, dan di dalam hal itu kami berhak untuk menyimpan dan menggunakan
                            data tersebut tanpa batasan.
                            
                            - HAK-HAK ANDA9.1 Anda boleh mengakses (termasuk meminta untuk salinan-salinan) dan/atau
                            memperbetulkan data peribadi anda yang dipegang oleh HKL dengan menghubungi
                            Pegawai Perlindungan Data kami seperti yang dibenarkan oleh undang-undang
                            perlindungan data yang beraplikasi.
                            9.2 Di mana ianya dibenarkan oleh undang-undang perlindungan data yang beraplikasi, anda juga boleh menggunakan hak-hak berikut dengan menghubungi Pegawai
                            Perlindungan Data kami:
                            
                                -                             
                                    anda boleh meminta kami untuk mendedahkan kepada anda bagaimana kami
                                    memperoleh data peribadi anda tanpa kebenaran;
                                
-                             
                                    anda mungkin menerima data peribadi berkaitan anda, atau mengadakan data
peribadi itu                        dipindahkan kepada pengawal data yang lain;                                  
                                
-                             
                                    anda boleh membantah kepada pengumpulan, penggunaan, atau pendedahan
                                    data peribadi berkaitan anda pada bila-bila masa;
                                
-                             
                                    anda boleh meminta untuk memadam, memusnahkan atau menukar data
                                    peribadi anda supaya berada di dalam suatu bentuk yang tidak boleh
                                    dikenalpastikan kepada anda;
                                
-                             
                                    anda boleh menyekat penggunaan data peribadi anda;
                                
-                             
                                    anda boleh membuat suatu aduan kepada pengawal selia perlindungan data
                                    tempatan;
                                
-                             
                                    anda boleh meminta suatu senarai ahli Kumpulan yang mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda sebagai pengawal- pengawal data;
                                
-                             
                                    anda boleh mengakses sesalinan perjanjian perkongsian data di antara kami
                                    dan ahli-ahli Kumpulan yang lain, dengan syarat bahawa apa-apa butir atau
                                    maklumat yang boleh membahayakan mana-mana rangkaian komputer atau
                                    sistem mana-mana ahli Kumpulan atau mendedahkan kepada bahaya integriti, ketersediaan atau kerahsiaan mana-mana maklumat sulit, boleh disunting daripada salinan yang akan dibekalkan kepada anda; dan
                                
-                             
                                    anda boleh menentukan sekiranya apa-apa data peribadi yang dikumpul hendaklah dianggap sebagai sulit.